Mat Khannnn

Sunday, July 1, 2012


Asas yang perlu kita pahami 

Sekarang ini,kita  smbg tentang asal DSLR yang kita perlu tau masa kita menggunakan manual mode.kaloa kita tak tau 3 perkara ini,makna kata,kita tak akan mempu menangkap gambar yang cantik.Oleh itu,ini cara yang mudah untuk memberi hampa paham 3 perkara kt bawah ini. HAHAHA.. im also newbiess :)

APERTURE

Aperture adalah bukaan lensa kamera dimana cahaya masuk. Bila bukaan besar, akan banyak cahaya yang masuk dibandingkan dengan bukaan kecil. Selain merupakan salah satu cara mengendalikan cahaya yang masuk, bukaan di gunakan juga untuk mengendalikan kedalaman ruang (depth of field / dof).
Dalam praktiknya, jika hampa ada di lingkungan dimana cahaya sangat terang, maka kita boleh menutup bukaan sehingga lebih sedikit cahaya masuk ke dalam. Jika dikawasan gelap, maka kita boleh membuka bukaan lensa sehingga maksimum yang mungkin.
Bukaan juga boleh digunakan untuk mengendalikan kedalaman ruang. Bukaan besar membuat kedalaman ruang menjadi kecil, akibatnya latar belakang subjek menjadi kabur. Bukaan kecil membuat kedalaman bidang menjadi besar, akibatnya semua bidang dalam gambar menjadi tajam atau berada dalam fokus.
bnda yang unik dan selalu ja memeningkan kepala kita adalah mod dalam setting bukaan adalah terbalik dengan besarnya bukaan. Misalnya angka kecil bererti bukaan besar, sedangkan angka besar bererti bukaan kecil. Contoh: f/1, f/1.4, f/2, f/4. f/5.6, f/8, f/16, f/22 dan seterusnya
Setiap lensa memiliki bukaan maksimum dan minimum. Angka yang tertera dalam lensa seperti f/3.5-5.6 bererti makimum bukaan antara f/3.5 sampai f/ 5.6.

SHUTTER SPEED

Kecepatan la kot nama mlyu dia..haha.. (shutter speed) adalah berdasarkan kamera membuka sensor untuk menyerap cahaya.Shutter speed adalah dalam detik atau pecahan detik. Biasanya awal dari 1/4000 detik sampai 30 detik. Variasi shutter speed ini disusun dari badan kamera bukan dari lensa.
Selain mempengaruhi kualiti cahaya yang masuk, shutter speed mempengaruhi gambaq dalam dua bnda:
  1. SHUTTER SPEED yang cepat membekukan (freeze) objek yang bergerak.
  2. SHUTTER SPEED yang lambat menangkap gerakan (motion) objek secara berkesinambungan. nak hbaq pon tktau cena.. -.-'



kalo lg lama slow shutter speed kita buat, gmbar air tuh lg lawa and air tuh mybe akan nmpk mcm berasap-asap  :)



ISO

ISO adalah ukuran sensitiviti sensor terhadap cahaya. Ukuran dia mula dari angka 50, 80 atau 100 dan akan berlipat ganda sampai 3200 atau lebih besaq lagi. ISO dengan ukuran angka kecil berarti sensiviti terhadap cahaya rendah, ISO dengan angka besar bererti sebaliknya.
ISO dengan angka besar atau disebut juga ISO tinggi akan menurunkan kualiti gambar kerana munculnya bintik-bintik yang dinamakan “noise”. noise ni mcm ada gmbar blurr2 or bintik2.. Gambar akan terlihat berbintik-bintik seperti pasir dan detail yang halus akan hilang. Tapi untuk kawasan yang kurang cahaya seperti sedikit cahaya dalam ruangan, ISO tinggi selalunya mmg sgt2 dperlukan.


WHITE BALANCE

wb-white-balance
Contoh beberapa preset White Balance
Tips terakhir untuk artikel ini adalah menentukan setting WB / White balance yang tepat dengan keadaan atau hasil yang kita seniqi nak. Memang bagi setiap kamera biasanya telah ada AWB atau Auto White Balance, tapi sekali lagi, AWB selalunya xtunjukkan keadaan dengan baik atau tidak paham keinginan kita.
contohnya kan bila keadaan cahaya di lapangan mendung, maka pilihlah WB cloudy (yang bergambar seperti awan). Kalau di bawah bayangan, pilih Shade dan seterusnya. Kalau di dalam ruangan yang lampunya kuning, maka pakailah WB tungsten (yang gambarnya seperti bola lampu).
Bila ingin gambar kelihatan lebih hangat (kekuningan/jingga), maka set WB ke cloudy atau shade. Bila ingin gambar kelihatan lebih dingin / kebiruan, maka pilihlah WB tungsten.

Semoga hampa semua dapat kuti tip-tip yang aku berikan,sekiranya ada yang terkurang,aku ingin minta maaf,aku budak baru belajar.

to : N.I :)

TIPS NAK BELI DSLR :)


Tips Membeli DSLR


ni dslr impian aku!! haha

DSLR kini dah macam trend dah dikalangan rakyat Malaysia,p sna nampak orang pegang DSLR,p sini pun nampak jugak.Sebelom kita nak beli 2,lebih bek kita minta pendapat orang yang berpengalaman.InsyaAllah,kita xkan tersilap langkah ataupun kena tipu ngan penjual.Di sini saya da beberapa tip-tip untuk anda semua,Saya ini pun budak baru belajar,pa yang ilmu saya da,insyaAllah,saya akan kongsikan dengan anda semua,Ini tip saya dapat dari kwn saya.

Bagaimana anda memilih DSLR yang pertama anda?, jenama apa?, lensa jenis apa? dan berapakah harganya? Jika anda seorang jurugambar yang profesional, anda pasti telah tahu model, jenama, lensa dan filter yang ingin dibeli. Tetapi bagi yang pertama kali ingin membelinya macam mana? Di sini saya akan sertakan tip-tip untuk membeli kamera DSLR yang pertama anda.

1. Senaraikan apa ciri-ciri yang anda inginkan dalam DSLR yang akan kita beli dan berapakah bajet yang kita ada. Contohnya berapa Mega pixels yang kita inginkan? adakah rakaman video penting untuk anda? adakah kita akan beli aksesori tambahan?Seperti mana teknoloji, apabila kita membeli yang terbaru dan tercanggih harganya mestilah tinggi. jadi kita letakkan apakah ciri-ciri yang penting untuk kita dulu.

2. Selalu membaca dan membuat research tentang DSLR, dan cari yang selalu di syorkan oleh majalah atau pun website seperti CNET dimana mereka boleh memberi cadangan tentang DSLR terbaru atau pun yang sedang berada dipasaran.

3. Pergi ke kedai-kedai yang hanya menjual kamera, jangan ke kedai elektronik atau pun gudang2 cari kamera yang kita ingin beli dan cuba rasa sendiri macam mana bila kita pegang kamera tu. Sebab DSLR ni boleh jadi besaq bagi sesetengah orang. dan cuba tengok melalui viewfinder kamera tu. bukan melalui skrin LCD, selesa atau tidak. Jenama yang berlainan meletakkan butang kawalan di sebelah kiri atau sebelah kanan anda. kalau kita tak pasti anda boleh bertanya dengan jurujual kedai tersebut.

4. Apabila membeli kamera kita perlu taw tentang harga kamera dan juga lensanya sbb dua barang nie berlainan harga... tetapi selalunya depa jual sebagai kit maksudnya kamera ngan lensa sekali. (pilih kamera yang boleh pakai banyak jenama lensa... bukan yang boleh pakai satu jenama saja.. sbb selalunya lensa mahal.... kadang2 lebih dari kamera tu lagi... tp selalunya lebih la... banyak yang syorkan Nikon. sbb ada lensa jenama Tamron, Sigma dan berbagai jenis lagi dan harga dia murah skit dari brand lain..